-
ASAL USUL VALENTINE..BETU KE>>?
Sejarah Valentine
Berdasarkan catatan sejarah 'Hari
Kekasih' dipercayai bermula dari kisah
seorang pendeta Kristian bernama
Valentine yang hidup di Rom pada abad
ketiga.
Beliau hidup dalam kerajaan yang
dipimpin oleh Kaisar Claudius yang
terkenal dengan sifat kejam. Claudius
memiliki bala tentera yang besar, dia
mengerahkan pemuda di bawah
pemerintahannya menjadi tentera.
Namun hasrat Claudius tidak mendapat
sambutan. Para pemuda enggan terlibat
dalam perang kerana mereka tidak ingin
meninggalkan keluarga dan kekasih-
kekasih mereka. Hal ini membuat
Claudius sangat marah.
Claudius berfikir jika pemuda tidak
berkahwin atau mempunyai pasangan,
mereka mudah untuk dikerah menjadi
pasukan tentera. Lalu Claudius
melarang perkahwinan.
Para pasangan muda menganggap
keputusan ini sangat tidak
perikemanusiaan dan ini adalah idea
yang tidak boleh diterima, maka St
Valentine menolak untuk
melaksanakannya.
Valentine tetap melaksanakan tugasnya
sebagai pendeta, iaitu berkahwin
dengan kekasihnya secara rahsia.
Perkahwinan itu diketahui Kaisar yang
segera memberinya amaran, bagaimanapun
perkahwinan itu tetap diteruskan dalam
suasana di dalam sebuah kapal kecil
yang hanya diterangi cahaya lilin,
tanpa bunga, tanpa cincin pernikahan.
Namun malangnya pasangan Velentine
ditangkap dan dihumban kedalam penjara
sehingga beliau mati di situ.
Beliau bukan dihina, malah dikunjungi
penyokongnya, orang ramai
menghadiahkan bunga ketika beliau
dipenjara.
Pada 14 Februari, beliau sempat
menulis tentang dirinya di dalam diari
dan memesan kepada semua gadis dengan
ungkapan "Dengan Cinta dari
Valentinemu."
Kini setiap tanggal 14 Febuari orang
serata akan dunia merayakannya sebagai
hari kasih sayang. Orang-orang yang
merayakan hari itu mengingat St.
Valentine sebagai pejuang cinta.
wassalam
Posting Permissions
- You may not post new threads
- You may not post replies
- You may not post attachments
- You may not edit your posts
-
Forum Rules
Bookmarks